Program Pemantapan


Pengawas juga mempunyai kekuatan dan kelemahan seperti murid biasa. Cuma mereka diberi sedikit kelebihan untuk menjadi wakil murid dalam penguatkuasaan disiplin sekolah dan kebanyakan mereka pula dipilih berdasarkan kelayakan akademik dan sahsiah. Beberapa kelemahan dalam kalangan pengawas yang biasanya berlaku antaranya:
  • Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan pengawas.
  • Penampilan diri tidak kemas.
  • Tidak mematuhi arahan ketua atau guru penasihat.
  • Tidak saling menghormati sesama pengawas.
  • Kurang kerjasama sepasukan.
  • Menggunakan bahasa yang agak kasar.
Usaha pembendungan permasalahan ini perlu dilakukan untuk mengelakkannya dari terus menjadi kronik yang akhirnya akan melemahkan organisasi ini sendiri. Usaha ini perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru penasihat Badan Pengawas tetapi juga perlu kerjasama semua pihak (guru-guru dan PIBG) untuk bersama-sama menggembeleng tenaga memberi kekuatan kepada organisasi ini. Sesungguhnya, pengawas-pengawas ini bukan hanya perlu ditegur tetapi juga perlu diberikan bimbingan, perhatian, motivasi dan kasih sayang. Terdapat beberapa program yang dirancang untuk pemantapan jati diri pengawas dan organisasi, iaitu:
  1. Mesyuarat agung
  2. Mesyuarat bulanan
  3. Mesyuarat exco
  4. Kem Kepimpinan
  5. Kursus Peningkatan Profesionalisme
  6. Anugerah Pengawas Cemerlang
  7. Perbengkelan
  8. Lawatan
  9. Hukuman
  10. Baju korporat/t-shirt

No comments:

Post a Comment