Perhimpunan Mingguan


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 Tahun 1984 yang bertajuk "Perhimpunan Sekolah" telah dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 14 Jun 1984 telah menyatakan bahawa Perhimpunan Sekolah adalah majlis rasmi peringkat sekolah dan bertujuan untuk “menyemai, menanam dan memupuk semangat cinta dan taat setia kepada negara, serta meningkatkan lagi disiplin dan sifat-sifat keteladanan di kalangan murid-murid. Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, perhimpunan sekolah harus mewujudkan satu suasana yang teratur, bertertib dan penuh hormat, di mana setiap orang dalam perhimpunan itu hendaklah mematuhi nilai, norma dan keteraturan perhimpunan tersebut.”

Dalam surat kedua (dalam siri yang sama) bertarikh 10 September 1984, intipati yang digariskan dalam kedua-dua pekeliling tersebut ialah mengenai aspek masa perhimpunan dijalankan, atur cara perhimpunan dan perhatian khusus. Para 4.2 menyatakan: “semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada dalam majlis perhimpunan itu dan bersama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan / Lagu Sekolah (jika ada) dengan betul dan penuh bersemangat.”

No comments:

Post a Comment