Jawatankuasa Induk


Jawatankuasa Induk Badan Pengawas memainkan peranan yang sangat penting ke arah kecemerlangan organisasi melalui permuafakatan dan kerjasama antara setiap Ahli Jawatankuasa. Hubungan antara orang atasan dengan orang bawahan perlu seimbang supaya tidak berlakunya kesalahfahaman komunikasi. Sekiranya kelemahan ini berlaku, sudah tentulah wujud sengketa dalaman yang akan mengganggu keselarasan dalam organisasi. Berpandangan serong dan kata-mengata akan menjadi kebiasaan yang sebenarnya tidak menguntungkan mana-mana pihak.
           
Oleh itu, kefahaman kepada bidang tugas masing-masing adalah sangat penting. Setiap orang dalam Jawatankuasa Induk perlu memainkan peranan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kebaikan organisasi.

Organisasi Badan Pengawas terdiri daripada:
  • Pengetua
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  • Guru Penasihat
  • Ketua Pengawas
  • Penolong Ketua Pengawas
  • Setiusaha
  • Penolong Setiausaha
  • Bendahari
  • Penolong Bendahari
  • Exco Disiplin
  • Exco Perhimpunan
  • Exco Siaraya
  • Exco Blok
  • Exco Kantin
  • Exco Kehadiran
  • Exco Bilik Pengawas
  • Exco Dakwah dan Rohani
  • Exco Dokumentasi
  • Exco Kebajikan

No comments:

Post a Comment